Tuesday, 28 February 2012

seindah bidadari syurga~~

‎~..~ AMALAN UNTUK MENJADI WANITA SOLEHAH ~..~


nampak tak tajuk kat atas?? wanita solehah seindah bidadari syurga.. ;)
Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah kan..cik sharifah juga begitu.. dan tak dapat dinafikan  semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini seorang ustazah menuliskan sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.


jom kita tengok sama2 apa dia amalan-amalannya:


1. Mendirikan solat/sembahyang.Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.


2. Menjaga solatnya.Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.


3. Bersyukur dan redha.Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.


4. Selalu bersedekah.Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.


5. Menjaga maruah diri.Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.


6. Takut murka Allah.Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.


7.Menjaga amanah.Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.


8. Pandai mengaji Al-Quran.Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur


Nah.. dh tau apa amalannya kan?? terus apa lagi dong... huhu(dh mengikut dielek indon nii).
semoga dapat manfaatnya terutama cik sharifah ckp pada diri cik sharifah sendiri..selamat beramal kawan2! :)


Thursday, 23 February 2012

aktiviti seharian~ ^_^ selamat beramal!

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 
1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 
2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 
3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang 
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 
4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 
5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 
6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. 
7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur :-
- Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 

- Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. 
- Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
- Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 
- Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu. 
- Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. 

SAMA-SAMALAH KITA MENGAMALKAN SUNNAH-SUNNAH NABI DAN SATU LAGI KAWAN2..SELALU2 LAH SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.. ^_^

ingat.... diri anda sangat berharga!

pelihara aurat anda,aurat anda harga diri anda.. ^_^ tak semestinya kena bertudung labuh bulat,berpurdah,berjubah dan warna hitam smue sentiasa.. berpakaianlah mengikut apa yang Allah suka,buat ikut apa yang kita suka..;)


kahwin masa belajar???

tiba2 cik sharifah terpikir untuk cakap pasal ni.. 'kahwin' di masa 'belajar'.. huhu.. cik sharifah memang dah tak boleh nak akwin masa belajar ni confirm2 mak abah tak bagi.. belajar dulu! yes.. hehe.. tapi ada juga kewajarannya jika dah sampai tahap wajib tu... jadi kita baca dan fikirkan..ni hasil research cik sharifah.. ^_^

 Perkahwinan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi menjadi perbincangan yang sentiasa ada pasang dan surutnya. Ibubapa, penuntut dan masyarakat mempunyai pelbagai pandangan dalam menghadapi isu ini. Apa yang pasti kebanyakan pandangan ini amat sukar di satukan.

Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Pelbagai perkara yang akan diberikan tumpuan di dalam memastikan berjaya atau tidaknya sesuatu majlis yang akan diadakan.

Berikut beberapa kebebaikan dan kelemahan berkahwin semasa di menara gading.

KEBAIKAN

1.Dapat  mengawal nafsu dan elakkan maksiat.
2.Batas2 pergaulan terpelihara
3.Selamat dari gangguan orang
4.Dapat kahwin diusia muda & mempunyai anak yg. telah dewasa semasa pencen nanti
5.Menambah pengalaman hidup
6.Bebas dari terjebak dlm cinta monyet
7.Semogahidup lebih berkat
8.Orang laki yg dah kawen lebeh afdal amalannya.

KEBURUKAN
1.Duit sara hidup masih ditanggung keluarga, macam mana nak sara isteri?
2.Kebayakan psngan yg kahwin muda byk yg cepat bercerai.
3.Mengandung mengganggu waktu study dan juga tempoh bersalin - kena extend semester
4.Belum cukup matang
5.Tangguungjawab bertambah dari student yg tak kahwin.
6.Biasanya timbul masalah  kewangan
9.Seorang sakit sorang lagi mesti kene jage...macam mana masa belajar?
10.Kalau belum ada penaja susah nak dpt...sebab kebanyakan penaja letak syarat single.

Fikir-fikirkan lah...dan yang penting,istikharah serta redha ibu bapa.. ;)
 


~impianku~


kali pertama memiliki blog..hehe cik sharifah rasa sgt teruja..rasa malu pun ada sebab rasa macam tulis diary pastu bagi orang baca..;) ok lah berbalik pada tajuk hari ni.. nk sambung study overseas?seriusly?? yes i'm serius and i really mean it! nak sambung belajar kat mesir ni,lama dah cita2 ni muncul dalam hati.. tapi tanpa kawan2 baik di sisi.. takpe hasrat diteruskan juga,dengan mengambil sijil tinggi agama malaysia,anda mampu menjejakkan kaki ke bumi anbiya' mesir.. kenapa mesir??? mesir merupakan bumi kinanah,bumi anbiya' dimana ramainya para ulama' dan nabi2 bermukim disana.. eh ramai orang tanya cik sharifah,betul ke nak pegi tak takut ke jauh ngan family in case apa jadi.. confirm betul ke ni.. kenapa tak nak further kat malaysia je.. ok,nak sebab kukuh lagi?? kita tengok apa Allah kata dalam surah albaqarah ayat 61,
{اهبطوا مصر فانّ لكم نا سألتم}
maksudnya apa? pergilah kamu ke sebuah kota,(mesir) nescaya kamu akan dapat apa yang kamu minta.
Allah.. hebatnya bumi mesir ni sampai Allah letakkan dalam kalamNya yang agung..selepas melalui pelbagai proses,alhamdulillah. Allah mempermudahkan dan memakbulkan hasrat cik sharifah untuk menjejakkan kaki ke bumi mesir pada 12 september 2011,flight jam 10.40 malam waktu malaysia di klia.
masa tu..perasaan sangat menguji untuk berjuang berpisah dengan family terutama mak abah tercinta namun demi jihad ini ku teruskan juga ku gagahkah hati..wah ayat tak daye macam novel dah..;)
mengambil ibrah daripada kalamullah,menuntut ilmu di luar membakar semangat cik sharifah..
وَمَا كَانَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوۤاْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari sebahagian kumpulan antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.-surah attaubah:122
sampai di mesir.. subhanAllah.sangat berbeza dengan sistem pengajian di malaysia. betul2 mengajar disiplin dan amanah dalam menuntut ilmu.semoga Allah menetapkan hati cik sharifah tetap di atas jalanNya.Ameen..;) dapat jumpa dan pergi ke kelas bersama ulama' besar dunia,ulama'2 azhar.. dan yang paling penting dapat menjadi seorang penuntut di universiti al-alazhar universiti terulung dunia,bukan kerana unggulnya ia di mata dunia tetapi keran ia melahirkan ramai ulama' besar dan moga2 Allah menjadikan cik sharifah dan kawan2 drpd kalangan ulama' yang memberi manfaat pada orang lain insyaAllah Ameen..;)
akhir sekali,mengambil kata2 imam syafie rahimahullah Taala,
ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ
سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat # Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan dijinakkan # Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya # nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan # Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya # dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas.
waAllahu Taala a'lam. kita bersambung di episod seterusnya..hehe