Thursday, 23 February 2012

~impianku~


kali pertama memiliki blog..hehe cik sharifah rasa sgt teruja..rasa malu pun ada sebab rasa macam tulis diary pastu bagi orang baca..;) ok lah berbalik pada tajuk hari ni.. nk sambung study overseas?seriusly?? yes i'm serius and i really mean it! nak sambung belajar kat mesir ni,lama dah cita2 ni muncul dalam hati.. tapi tanpa kawan2 baik di sisi.. takpe hasrat diteruskan juga,dengan mengambil sijil tinggi agama malaysia,anda mampu menjejakkan kaki ke bumi anbiya' mesir.. kenapa mesir??? mesir merupakan bumi kinanah,bumi anbiya' dimana ramainya para ulama' dan nabi2 bermukim disana.. eh ramai orang tanya cik sharifah,betul ke nak pegi tak takut ke jauh ngan family in case apa jadi.. confirm betul ke ni.. kenapa tak nak further kat malaysia je.. ok,nak sebab kukuh lagi?? kita tengok apa Allah kata dalam surah albaqarah ayat 61,
{اهبطوا مصر فانّ لكم نا سألتم}
maksudnya apa? pergilah kamu ke sebuah kota,(mesir) nescaya kamu akan dapat apa yang kamu minta.
Allah.. hebatnya bumi mesir ni sampai Allah letakkan dalam kalamNya yang agung..selepas melalui pelbagai proses,alhamdulillah. Allah mempermudahkan dan memakbulkan hasrat cik sharifah untuk menjejakkan kaki ke bumi mesir pada 12 september 2011,flight jam 10.40 malam waktu malaysia di klia.
masa tu..perasaan sangat menguji untuk berjuang berpisah dengan family terutama mak abah tercinta namun demi jihad ini ku teruskan juga ku gagahkah hati..wah ayat tak daye macam novel dah..;)
mengambil ibrah daripada kalamullah,menuntut ilmu di luar membakar semangat cik sharifah..
وَمَا كَانَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوۤاْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari sebahagian kumpulan antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.-surah attaubah:122
sampai di mesir.. subhanAllah.sangat berbeza dengan sistem pengajian di malaysia. betul2 mengajar disiplin dan amanah dalam menuntut ilmu.semoga Allah menetapkan hati cik sharifah tetap di atas jalanNya.Ameen..;) dapat jumpa dan pergi ke kelas bersama ulama' besar dunia,ulama'2 azhar.. dan yang paling penting dapat menjadi seorang penuntut di universiti al-alazhar universiti terulung dunia,bukan kerana unggulnya ia di mata dunia tetapi keran ia melahirkan ramai ulama' besar dan moga2 Allah menjadikan cik sharifah dan kawan2 drpd kalangan ulama' yang memberi manfaat pada orang lain insyaAllah Ameen..;)
akhir sekali,mengambil kata2 imam syafie rahimahullah Taala,
ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ
سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat # Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan dijinakkan # Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya # nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan # Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya # dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas.
waAllahu Taala a'lam. kita bersambung di episod seterusnya..hehe

No comments:

Post a Comment